Nota STPM Modular

Ahad, 22 September 2013

Demi 4 Pointer untuk STPM 2012/2013!!!

Assalammualaikum w.b.t.

Eh!korang jawab la…. “Waalaikummusalam w.b.t”…!(Tak jawap dosa tau)

Tajuk aku kali nie berkisah kan tentang kehidupan seharianku. Tak lain tak bukan Kehidupan dengan dunia di SEKOLAH!! Hm, Baiklah!Sudah lama rasanya tak update blog ni. Mana taknya. Keadaan tidak mengizinkan. Masa pun tak cukup untuk menaip berjela-jela. Well, Mana taknya, PBS melambak dengan kerje sekolah yang cikgu bagi. Hari hari ada kerja sekolah. Tangan nie macam nak tercabut. Kerusi yang aku duduk pun jadi panas. Rasa otak makin beku..Perghh!!Terasa betul diri drop habis. hmmmmmmmmmmm!!!!!

Hm, Ok!!Aku nak cerita satu persatu subjek yang aku belajar sekarang. Nampak mudah tapi. Hm,Tak tahu lah. Banyak membaca, mengingat. Buat otak nie berputar-putar. Mata pun jadi macam panda.

Bermula dengan Bahasa Melayu. Minggu nie terasa relax sikit la. Sebab Bonda tak ada kat sekolah, bonda pun bizi dengan urusan dia kat luar. Masa Bonda tak masuk kelas, aku study bersendiri, tinggal berape minggu jer lagi nak exam Penggal 3. 

Hm, Minggu lepas. Bukan main lagi. Cikgu tak ada. Cikgu pergi kursus. Tinggalkan kerja perghh!!Bukan main lagi. 6 penyuntingan, 7 pengurusan. Kalau korang, rasa-rasanya tercabut tak tangan korang? Aku buat jer. Demi Nak dapat 4 flat kan. Sanggup jugak aku buat!!Cikgu kata Sastera Penggal 3 nie senang nak skor.

Hm,Tu baru satu. Subjek Sejarah. Sumpah aku kata. Hmmm, tak terkata.. Oleh itu, sebab aku asik tertidur time kelas sejarah. Tak tahu kenapa. Mukin cara cikgu ajar. Serius aku kata tak sampai 10 minit masa kelas sejarah aku tertidur, macam tak belajar. Walaupun belajar sendiri kat rumah. Walaupun dulu aku suka dengan subjek sejarah, tapi tak tahu sejak masuk tingkatan 6, kurang sikit nk belajar subjek sejarah. Nak kata senang, Tak jugak. Result aku pun setiap penggal pun biasa-biasa jer. muka cantik tu lah aku tak tidur dalam kelas. Aku harap penggal 3 nie dapat la result yang lebih baik.

Subjek seterusnya, Subjek Pengajian AM.Wah!!Waktu nie.. Aku memang suka. Sebabnya. bila cerita tentang perlembagaan, dasar-dasar Malaysia, hubungan diplomatik. Mesti berdebat dengan sigiler-gilernya, sebab tu la asik menang jer time berdebat. haha. Tapi, Penggal 2 hmmm, susah jugak. Banyak betul nak baca, ingat. Aku masih bler .Bukan takat bler…Tak boleh masuk langsung.. Lagi lagi Graf?? Menangis nangis aku buat. Haha. Pengajian Am nie penting so.. Aku walau macam mana pun aku tetap aku
belajar.. belajar.. dan belajar…!!!Sampai aku faham!!! Alhamdulillah, result setiap penggal pun okey.

Subjek Yang rasa bulu roma aku naik tinggi… MUET.. Manggai…!! Bukan main
lagi…Nak interprate data tu.Yang tak boleh blah waktu listening???Aku rasa seolah-olah radio yang aku dengar tu macam nyanyi lagu faizal tahir-sampai syurga. huwawawa!! speaking??Entah la.. Tak tahu nak kata apa.. Result MUET pun biasa-biasa jer.

Sekian Dulu..

Terima Kasih kerana Membaca..

Sabtu, 21 September 2013

Cara Pengiraan PNGK dan GPA STPM Sistem Modular

Assalamualaikum w.b.t

Saya merupakan pelajar tingakatan 6 Sistem Modular bacth 2012/2013. Saya nak tunjukan apa yang tahu pasal pengiraan GPA dan PNGK.

Secara ringkas GPA ialah Grade Point Average atau Purata Nilai Gred iaitu nilai yang didapati secara purata terhadap keputusan yang diperoleh bagi satu semester itu. Contohnya ada subjek anda dapat A, ada subjek dapat B-, ada subjek dapat C. Gred A memberi nilai 4.00, manakala gred B- memberi nilai 2.67 dan gred C memberi nilai 2.00. Purata Nilai Gred anda ialah purata bagi semua keputusan!

CGPA pula bermaksud Cumulative Grade Point Average atau Purata Nilai Gred Kumulatif yang mana ia mendapatkan nilai purata keputusan anda bagi semua semester yang telah dilalui.

GPA = untuk satu-satu semester sahaja
CGPA/PNGK = untuk keseluruhan semester yang telah dilalui


Sebagai contoh :-

Ini adalah Nilai Gred dan Markah yang sekarang.

Peratus Markah Kertas
Gred Kertas
Nilai Gred Kertas (PNGK)
80–100
A
4.00
75–79
A -
3.67
70–74
B +
3.33
65–69
B
3.00
60–64
B -
2.67
55–59
C +
2.33
50 – 54
C
2.00
45–49
C -
1.67
40–44
D +
1.33
30–39
D
1.00
0–29
F
0.00






















Contoh Keputusan Penggal 1

KOD KERTAS
NAMA KERTAS
GRED KERTAS
NILAI GRED KERTAS
900/1
PENGAJIAN AM
A
4.00
910/1
BAHASA MELAYU
B
3.00
922/1
KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
B+
3.33
940/1
SEJARAH
A-
3.67

Cara mengira tambah semua nilai gres kertas, selepas itu darab dengan jumlah mata pelajaran diambil.
Contoh:

Nilai Gred Kertas   =  4.00+3.00+3.33+3.67 
                                                 

                              = 14
                                  4

                              = PNGK 3.5(ini adalah PNGK bagi semua kertas yang diperolehi penggal 1)

Untuk Penggal 2 dengan 3 sama sahaja cara pengiraannya, untuk PBS Penggal 2 dengan 3 tidak dikira. 

Semua PNGK yang diperolehi setiap penggal akan dicampur dengan PBS. Bila da ditambah semua, keluar lah keputusan sebenar STPM kita.